Tuesday, August 31, 2010

Kibarkan Jalur Gemilang.

"Merah membara semangat waja,
Putihmu bersih budi pekerti,
Kuning berdaulat payung negara,
Biru perpaduan kami semua"
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Anak-Anak PERMATA Dengkil juga turut meraikan dan memeriahkan Hari Kemerdekaan negara Malaysia yang ke-53. Sepanjang bulan Ogos, setiap hari mereka sering menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat! Lihatlah aksi-aksi mereka ini...




Monday, August 30, 2010

Aktiviti Kanak-Kanak Sepanjang Bulan Ogos

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Tidak terlewat rasanya pihak PAPN Dengkil untuk mengucapkan Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog ini. Begitu juga dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53. "1 Malaysia Menjana Transformasi"

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula kan.... Mesti seronok kan! Anak-anak PERMATA yang beragama Islam sudah tentu beraya sakan! Sepanjang bulan Ogos ini, terdapat banyak aktiviti yang bertemakan Hari Kemerdekaan, Bulan Ramadhan dan Hari Lebaran yang bakal menjelang tiba.

Di bawah merupakan beberapa rentetan aktiviti yang sempat dirakamkan. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti lain yang tidak kurang menariknya yang mana tidak sempat kami nak "snap"! Jom sama-sama kita kongsikan kenangan tu bersama yer.....
Ini adalah aktiviti kad raya. Setiap anak-anak PERMATA akan hasilkan satu kad raya. Kemudian, kami poskan kepada ibu bapa mereka. Rasa-rasanya, mak ayah "dorang" ni dah terima tak kad raya, hasil kreativiti anak-anak mereka ini ye? Aqid buat kad raya cantik-cantik tau....
Bagi anak-anak PERMATA yang berbangsa lain, mereka ni pun turut sama buat kad raya. Hasil kad raya "dorang" ni kami pamerkan kat PAPN la...
Aisyam....sempat lagi tengok kamera ek....
Gambar di atas ialah gambar Miroshan tengah buat kolaj Bendera Malaysia. Dari pagi...kemudian ke petang pulak, bersungguh-sungguh anak-anak PERMATA Dengkil ni nak siapkan bendera Malaysia yang besar tu tau...
Mereka ni memang pandai buat kolaj mengikut garisan yang disediakan. Lihat! memang pandai! Gambar di atas: Hadijah dan Qaseh
Samini ni...bab-bab yang melibatkan "aktiviti kolaj, mewarna dan puzzle", memang number "ONE". Very Good!
Wah! Dah nak hampir siap la. Seronoknya!!!
Berikut adalah aktiviti "Puzzle Bendera Malaysia". Adam sedang leka menyiapkan 'puzzle'nya....
Qaseh pula baru nak tampal "puzzle"nya....
Hashwini pun pandai buat juga.
Gambar kat atas ni ialah gambar untuk aktiviti "Jom Tampal" bagi anak-anak 2 tahun.
Eh...tiba-tiba ada pulak Haiqal tengah "posing" kat belakang tu...
Buat Haiqal...jangan tak buat...
Oh, Aleesya tampal gambar bulan dan bintang dulu....
Anak-anak teruna 2 tahun sedang "berposing". Eh, kerja tak siap lagi la....
Sekarang nak buat "Kolaj Bendera Selangor: pulak. Mari kita buat sama-sama!!!
Berhari-hari juga la anak-anak 3 tahun dan 4 tahun ni nak siapkan bendera negeri Selangor tu. Besar juga!
Berikut adalah aktiviti "Makanan Tradisional Melayu". Namun, disebabkan kami ni berbilang bangsa, kami ubah kepada aktiviti "Makanan Tradisional" sahaja.

Gambar: Teacher Mira meminta Naufal perkenalkan makanan tradisional yang dibawanya iaitu "Roti Canai". Tiada dalam gambar: Adam membawa "Nasi Lemak".
Hadijah membawa 3 biji kuih tradisional iaitu kuih apam, karipap dan ketayap. Yummy... dah makan dah pun.
Sugenth pulak tak bawa apa-apa. Tapi dia dapat berkongsi makanan dengan rakannya iaitu kuih putumayam.
Uvashini pula membawa kuih tradisional India iaitu kuih "Idli".
Hashwini la yang "sponsor" putumayam...
Qaseh pula bawa makanan tradisional Cina iaitu 3 jenis pau.
Varsha pun tak bawa apa-apa. Tapi turut berkongsi putumayam dengan Hashwini.
Aktiviti Jemput-jemput Pisang: Haiqal sedang mengupas kulit pisang. Kenapa Naufal tumpang sekaki? Keliru ni.... ;)
Teacher Yam tengah tunjuk cara nak potong pisang.
Dah siap buat jemput-jemput pisang pada pagi tu, semua anak-anak dapat merasa jemput-jemput pisang masa makan tengah hari tau.. Sedapnya....
Aktiviti Mobail Jalur Gemilang: Bagus... pandai tolong kawan pakaikan apron yer...
Miroshan, Mukmin dan Uvashini sedang mengecop...
Setelah mengecap, kita mewarna pula bulan dan bintang.
Kidal rupa-rupanya Naufal ni...
Mukmin pun tengah mewarna....
Dah siap, mari kita tunjuk!!!
Cantik..cantik!!!
Aktiviti Nature Walk di luar PAPN: Pegang tangan kawan. Jangan sampai lepas...
Teacher Noor nak tunjuk daun semalu tu...
Aisyam tak lepas pulak tangan Teacher Mira... Nak ambil gambar sekejap jer.
Apa yang sedang ditunggu tu? Surprise...
Kek siapa ni?Siapa buat kek ni? Lihat di bawah...
Oh, anak-anak PERMATA Dengkil yang buat. Gurunya ialah Puan Zuria (yang membuat penglibatan ibu bapa) dan Teacher Mai.
Takde alat membuat kek, "blender" pun jadi. Masukkan telur ya anak-anak.
Butter jangan lupa pulak...
Seronoknya Haiqal sebab dia yang tekan punat "blender" tu...
Amboi Adam, semangat betul nak tekan punat "blender" tu... Sampai sanggup panjat meja. Hati-hati!
Aktiviti Biskut raya: Pandai la Miroshan dan Kiiswaran.
Arjun dan Varsha sedang meletakkan "Cornflakes" di atas biskut raya. Dah siap masak, anak-anak PERMATA akan mengira biskut yang berjaya dibuat. Kemudian...apa lagi makanlah sepuas-puasnya...

Friday, August 20, 2010

"Home Visit"

Pada 6 Ogos 2010, iaitu hari Jumaat.... Kami, para pendidik bersama anak-anak PERMATA Dengkil telah berkunjung ke rumah Kiiswaran, Arjun dan Thivendran bagi melawat keadaan serta kesihatan mereka. Kiiswaran, Arjun dan Thivendran sudah lama tidak hadir ke sekolah akibat demam yang berpanjangan. Buat pengetahuan semua, rumah mereka terletak berdekatan dengan PAPN Dengkil iaitu di Blok 5. Tingkat jer yang berbeza... Pada lawatan tersebut, kami turut menyediakan sedikit buah tangan kepada mereka.... Jom sama-sama lihat!

Tengok Arjun! Manjanya dengan "Pathi"... Malu la tu...

Arjun kelihan lemah. Baru lepas ambil darah semalam...

Yang atas kerusi (sebelah kanan), itu ialah "Ama"/mak Arjun dan Kiiswaran. Mereka berdua ni adik-beradik tau.

Waktu ni, kami nak melawat Thivendran. Tapi Thivendran dikatakan sedang tidur di dalam bilik. Jadi, kami melawat "Pathi"/neneknya jer la.


Kami turut berbual mengenai kesihatan Thivendran...