Monday, January 24, 2011

Bingkisan 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera. PERMATA Dengkil ingin mengimbau kembali beberapa bingkisan memori bagi tahun 2010 yang tidak sempat untuk dipaparkan di blog sebelum ini. Mari kita lihat...


Corat-Coret 1

Gambar di bawah adalah sewaktu kanak-kanak PAPN Dengkil yang terpilih menyertai Program Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Dalam Program PERMATA Negara di PAPN Putrajaya pada 30 November 2010 yang lalu.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor tersenyum melihat anak-anak PERMATA Dengkil memberus gigi sambil diperhatikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai .

Corat-coret 2:

Di bawah merupakan gambar-gambar ketika tiga orang kanak-kanak PAPN Dengkil yang terpilih mengikuti Majlis Lawatan PYT Gursharan Kaur iaitu Isteri Perdana Menteri India di PAPN Putrajaya. Kanak-kanak yang terpilih adalah Kiiswaran, Samini dan Varsha Sree.

Gambar ehsan yang diambil dari blog rasmi PERMATA. Kelihatan Datin Radziah menunjukkan sesuatu kepada Kiiswaran dan Samini.

Varsha Sree terpaku apabila bertentang mata dengan isteri Perdana Menteri India sambil diperhatikan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.


Corat-coret 2:

Kenangan kami sewaktu Program Ladies Summit di PAPN Putrajaya. Seramai 6 orang anak-anak PERMATA Dengkil yang terpilih untuk membuat persembahan iaitu Sugenth, Hashwini, Samini, Uvashini, Piruntha dan Kiiswaran.

Gambar ehsan yang diambil dari blog rasmi PAPN Putrajaya.
Kanak-kanak PAPN Dengkil bersalaman dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sambil memberikan "gallan" kepada tetamu kehormat.

Bergambar kenangan

Anak-anak sedang cuba bermain congkak

Make-up time!-Sebelum membuat persembahan

Gembiranya mereka!

No comments:

Post a Comment