Pada 25 Februari 2011, Jumaat, telah diadakan Kem Kesihatan PERMATA di Dewan Konvensyen Kolej Keris Mas, UKM Bangi. Program ini telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar di bawah Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan, UKM KL. Turut terlibat adalah PAPN Bagan Pinang dan PAPN Putrajaya. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja pada program tersebut atas layanan mesra yang diberikan. Semoga kita dapat bekerjasama lagi. Buat ibu bapa yang dikasihi, kalian memang "sporting" dan "happening" la!!!Di bawah merupakan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sewaktu hari tersebut.....
Monday, February 28, 2011
Kem Kesihatan PERMATA, UKM
Sunday, February 27, 2011
Happy Birthday Hadijah!
Happy Birthday to Hadijah. Sweet 4!, 24 Februariy 2011) We All Love You!!!
Thursday, February 24, 2011
Pemeriksaan Pergigian 2011
Pada 18 Februari 2011 (Jumaat), jururawat-jururawat dari Klinik Pergigian Salak Tinggi telah mengadakan lawatan ke PAPN Dengkil dan turut mengadakan pemeriksaan gigi secara berkala terhadap anak-anak PERMATA Dengkil yang disayangi. Lihat... betapa cerianya anak-anak kita menerima kunjungan mereka ini. Terima kasih kepada pihak Klinik Kesihatan Salak Tinggi kerana sudi datang ke PAPN Dengkil lagi! :)
Tuesday, February 1, 2011
Mesyuarat PIBP Kali Pertama & Majlis Ramah Mesra
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pada hari Jumaat, 28 Januari 2011 telah diadakan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik Kali Pertama serta Majlis Ramah Mesra Pusat Anak PERMATA Negara Dengkil. Majlis diadakan dalam keadaan yang sederhana tetapi meriah. Sememangnya, majlis ini mengeratjalin kemesraan sesama "keluarga PERMATA Dengkil". Turut diraikan hari lahir Teacher Iza, kedatangan guru-guru praktikal (KPLI) dari IPGM dan majlis perpisahan Teacher Shikin yang akan berpindah ke PAPN Bentong, Pahang. Semoga tahun 2011 membawa sinar kepada seluruh warga PAPN Dengkil.
Semasa sesi mesyuarat PIBP kali pertama untuk tahun 2011.
Sesi mesyuarat baru sahaja bermula.
Masing-masing melihat agenda mesyuarat.
Setelah selesai bermesyuarat, sesi "Ice-breaking" bermula. Masing-masing sedang berbaris mengikut susunan abjad nama masing-masing.
Hampir siap barisan kami!
Bermulalah sesi perkenalan kami.
Bestlah! Memang "sporting" "korang" ni.
Aktiviti "Permainan kad-Teka Gaya Saya".
Ibu bapa cuba meneka gaya yang ditunjukkan oleh ketua kumpulan.
Seterusnya Ceramah Penglibatan Ibu Bapa ynag dikendalikan oleh Teacher Shidah.
Serius betul semua orang waktu ini.
Kemudian, aktiviti "Telefon Karat". Kelihatan Pn. Rahayanti sedang menghafal ayat yang tertera pada kertas yang diberikan.
Maka... permainan pun dimulakan.
Bisik-berbisiklah sesama kita. Hehe...
Apalah agaknya yang dibisikkan oleh Puan Santhi ni yer?
Snap! Berehat sebentar...
Ini pula adalah aktiviti "Mari Kongsi Cerita". Ibu bapa akan berkongsi cerita tentang perkembangan anak masing-masing dan diakhiri dengan sesi Soal-Jawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)