Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pada hari Jumaat, 28 Januari 2011 telah diadakan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik Kali Pertama serta Majlis Ramah Mesra Pusat Anak PERMATA Negara Dengkil. Majlis diadakan dalam keadaan yang sederhana tetapi meriah. Sememangnya, majlis ini mengeratjalin kemesraan sesama "keluarga PERMATA Dengkil". Turut diraikan hari lahir Teacher Iza, kedatangan guru-guru praktikal (KPLI) dari IPGM dan majlis perpisahan Teacher Shikin yang akan berpindah ke PAPN Bentong, Pahang. Semoga tahun 2011 membawa sinar kepada seluruh warga PAPN Dengkil.
Semasa sesi mesyuarat PIBP kali pertama untuk tahun 2011.
Sesi mesyuarat baru sahaja bermula.
Masing-masing melihat agenda mesyuarat.
Setelah selesai bermesyuarat, sesi "Ice-breaking" bermula. Masing-masing sedang berbaris mengikut susunan abjad nama masing-masing.
Hampir siap barisan kami!
Bermulalah sesi perkenalan kami.
Bestlah! Memang "sporting" "korang" ni.
Aktiviti "Permainan kad-Teka Gaya Saya".
Ibu bapa cuba meneka gaya yang ditunjukkan oleh ketua kumpulan.
Seterusnya Ceramah Penglibatan Ibu Bapa ynag dikendalikan oleh Teacher Shidah.
Serius betul semua orang waktu ini.
Kemudian, aktiviti "Telefon Karat". Kelihatan Pn. Rahayanti sedang menghafal ayat yang tertera pada kertas yang diberikan.
Maka... permainan pun dimulakan.
Bisik-berbisiklah sesama kita. Hehe...
Apalah agaknya yang dibisikkan oleh Puan Santhi ni yer?
Snap! Berehat sebentar...
Ini pula adalah aktiviti "Mari Kongsi Cerita". Ibu bapa akan berkongsi cerita tentang perkembangan anak masing-masing dan diakhiri dengan sesi Soal-Jawab.
No comments:
Post a Comment