Wednesday, June 23, 2010

Mesyuarat PIBP kali ke-4

Mesyuarat PIBP Kali Ke-4 telah berlangsung pada hari Isnin, 17 Mei 2010 bermula jam 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Agenda mesyuarat termasuklah membincangkan:

1. Aktiviti Program Bulan Mei dan Jun:
- Field Trips- Lawatan ke Melaka
- Toddler Program- Pemeriksaan dan Ceramah Kesihatan Pergigian
- Majlis Sambutan Hari Lahir Anak-Anak PERMATA (Jan-Jun 2010)
2. Laporan Penglibatan ibubapa
3. Laporan Kewangan
4. Pelantikan AJK yang baru
5. Perkara-Perkara Berbangkit



Eh...dengar apa tu? Harap fahamlah atas apa yang dibincangkan, ya....


Warga pendidik dan Pengerusi PIBP PAPN Dengkil bergabung....



Ibubapa nampaknya sedang menunggu mesyuarat bermula....





Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah....





Tuesday, June 22, 2010

Mesyuarat PIBP kali ketiga

Mesyuarat PIBP kali ketiga telah diadakan pada 18 Mac 2010 (Khamis) pada jam 9 pagi..Mesyuarat ini diadakan sekali dengan Majlis Ramah Mesra PAPN Dengkil...



Eh, apa yang Teacher Mira dan Teacher Mai tengah bincang tu?...

Sabarnya mereka menunggu kedatangan ibu bapa yang lain, ya....


Oooh... En.Chandran (Pengerusi PIBP) sedang membincangkan sesuatu kepada ibu bapa yang ada.....


Wah... ibu bapa tengah khusyuk mendengar perbincangan pada mesyuarat tu la....

Tuesday, June 1, 2010

Aktiviti kanak-kanak bulan Mei 2010

Tema aktiviti bagi bulan 5 ialah Makanan..di bawah ini antara gambar-gambar semasa aktiviti dengan kanak-kanak yang sempat kami rakamkan...
Masa ni aktiviti membuat jus belimbing...Seorang demi seorang memasukkan buah belimbing ke dalam mesin pengisar... Teacher Noor menunjukkan cara-cara menekan pengisar makanan..Adam takut rupanya! Lama-lama bila melihat rakan-rakannya yang lain menekan barulah Adam berani..

Hadijah menekan mesin pengisar makanan...Jom buat jus belimbing!


Aktiviti: Mari Mengira!..Teacher Mai mengajak kanak-kanak 3 tahun memotong sosej..ermm sedapnya!


Sape nak potong sosej? Qaseh: Saya!


Pendidik praktikal; Teacher Ada dan Mina memberi kanak-kanak merasa buah oren dan tembikai...


Ini buah apa?


Aktiviti: Mana Tempatnya?...Hashwini meletakkan makanan berkhasiat pada carta Piramid Makanan

Mukmin bersemangat sekali menampal gambar makanan sambil dibantu oleh Teacher Noor..