About Us

Pusat Anak PERMATA Negara Dengkil (PAPN Dengkil) merupakan salah sebuah cawangan PAPN di Selangor. Bangunan asal PAPN Dengkil adalah sebuah Balai Kemasyarakatan yang telah diubahsuai supaya menepati kriteria bangunan yang selamat dan kondusif bagi pembelajaran kanak-kanak 1 hingga 4 tahun.

PAPN Dengkil mula beroperasi pada tanggal 30 November 2009 dan pada ketika itu majoriti kanak-kanak yang menyertai PERMATA Dengkil adalah kaum India. Namun, kini PAPN Dengkil turut disertai oleh kanak-kanak berbilang bangsa seperti kaum Melayu.


Bilangan kanak-kanak terkini PAPN Dengkil adalah seramai 18 orang dan kuota kanak-kanak adalah seramai 30 orang. Oleh yang demikian, PAPN Dengkil mengharapkan agar lebih ramai lagi ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka ke sini tidak kira India, Melayu, Cina mahupun bangsa-bangsa yang lain. Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat kemasukan ke PAPN Dengkil, sila layari laman web ini iaitu http://www.permata.jpm.my/ .


Kakitangan PAPN Dengkil terdiri daripada 5 orang pendidik, seorang pendidik sementara dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Kami adalah terdiri daripada:


1. Ketua Pendidik (GST DG 41) :
    Wan Aminah Binti Wan Abdul Rashid
    Pendidik 2 Tahun (PERMATA Mawar)
    Kelayakan Akademik: Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan & KPLI


2. Penolong Ketua Pendidik (PPPS DG 41) :
    Pn. Rashidah Binti Tayit
    Pendidik 2 Tahun (PERMATA Mawar)
    Kelayakan Akademik: Bacelor Sains Pembangunan & KPLI


3. Pendidik (PPPLD DGA 29) :
    Pn. Noor Ripah Binti Che Long
    Pendidik 4 Tahun (PERMATA Matahari)
    Kelayakan Akademik: Diploma Pendidikan

4. Pendidik (GSTT DC 41) :      
    Cik Haspah Binti Safie
    Pendidik 4 Tahun (PERMATA Matahari)
    Kelayakan Akademik: Ijazah Pengurusan Peruncitan

5. Pendidik Sementara (GSTT DC 41) :
    Siti Aisyah Binti Mohd Zain
    Pendidik 3 Tahun (PERMATA Tulip)
    Kelayakan Akademik: Bacelor Sains Pembangunan


6. Pembantu Pengurusan Murid (N 17)
    Pn. Nurul Wahah Binti Md. Nasir
    Kelayakan Akademik: Diploma Pengurusan Perniagaan


7.Pembantu Pengurusan Murid (N 17)
    Pn. Azian Binti Rohani 
    Kelayakan Akademik: Sijil Pelajaran Malaysia