Monday, May 31, 2010

Lawatan Ke Melaka

Pada 27 Mei 2010 (Khamis), PAPN Dengkil telah mengadakan lawatan ke Melaka Bandar Bersejarah..seramai 36 orang kanak-kanak, ibubapa dan pendidik telah mengikuti lawatan ini. Setelah bersarapan di PAPN, kami pun memulakan perjalanan ke Melaka pada jam 7.45 pagi..yee haaa!!!

Kami tiba di Melaka pada jam 9.30 pagi... Destinasi pertama kami ialah Zoo Melaka...
Belum masuk dalam Zoo lagi..tapi kami sempat bergambar terlebih dahulu di hadapan pintu masuk Zoo...

Kami tengok kancil kat dalam ni...

Wow! Tingginya Zirafah ni..Hadijah sudah penat berjalan. Mujur ada ayah tolong dukung..hehehe

Sudah penat berjalan kami naik "train" pula mengelilingi Zoo...Naufal, Adam dan ibu mereka berehat sambil minum air..walaupun penat tapi masih senyum lebar lagi....

Selepas siap makan, solat dan rehat kami bertolak ke Bandar Hilir..

Penat membeli belah...

Rehat sebentar sementara menunggu kedatangan bas

Destinasi seterusnya kami menuju ke Taman Buaya dan Taman Air...

Keluarga Kiiswaran dan Arjun bergambar di hadapan replika A Famosa

Saat yang ditunggu dah tiba! Jom mandi!

Seenivasan dan ibunya...amboi seronoknya Vasan!

Tuesday, May 25, 2010

“Toddler Program”


Pada 18 Mei 2010 bersamaan hari Selasa, PAPN Dengkil telah menerima kunjungan dari Klinik Kesihatan Pergigian Salak Tinggi yang bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pendidik, ibubapa dan kanak-kanak berkenaan kesihatan gigi. Program ini diketuai oleh Dr. Azizah bt Mat dan dijayakan oleh seramai 8 orang jururawat serta doktor.


Antara jururawat yang hadir menggunakan pendekatan secara bermain untuk menarik perhatian kanak-kanak PAPN Dengkil.






Dr. Azizah bt. Mat memberi penerangan kepada pendidik mengenai kepentingan penjagaan gigi bermula dari kanak-kanak.



Kanak-kanak 2 tahun bersama jururawat pergigian yang soronok melayan karenah mereka..



Jururawat sedang menerangkan mengenai penjagan gigi kepada Puan Irma iaitu ibu kepada Hadijah...



Eeee...tengok berus gigi ni dah rosak!!



Vijay, kanak-kanak 2 tahun dipegang oleh bapanya En. Chandran sewaktu rawatan "flouride" gigi dijalankan...hemm... tak henti2 Vijay menangis ketakutan..hehehe... Akhirnya dapat hadiah berus dan ubat gigi percuma..yea!



En. Muniandy, bapa kepada Sugenthirana khusyuk mendengar penerangan jururawat...


Ha, kita kena gunakan berus gigi yang sesuai...yang ni berus gigi besar untuk "appa"...kanak-kanak pakai yang kecil ajer...


Minum air yang manis selalu boleh buat gigi kita rosak ye adik-adik...