Saturday, July 31, 2010

Aktiviti Kanak-Kanak Sepanjang Bulan Julai 2010

Berikut merupakan beberapa foto kenangan akan aktiviti kanak-kanak sepanjang bulan Julai 2010. Tema aktiviti PERMATA pada bulan Julai ialah Haiwan. Jom saksikan....

Varsha sedang menghias "Big Book-Old McDonald Had A Farm"...

Uvashini pun sedang menghias "Big Book"...

Hadijah sedang khusyuk menggunting untuk dilekatkan di dalam "Big Book".

Sugenth tengah gunting gambar apa?

Amboi...amboi... syoknya dapat tengok monyet secara "live".
Tak payah pergi zoo pun takpe... ;)
" Teacher...tengok la... Banyak monyet tau..,"kata Hadijah.

Sekumpulan monyet yang nampaknya agak jinak....

Semasa aktiviti "nature walk", kami berasa bertuah kerana dapat melihat sekumpulan monyet.

Aktiviti keceriaan: Kanak-kanak diminta membuat "lukisan lipatan rama-rama" (kromatografi)

Cantik hasil kerja anak-anak PERMATA Dengkil ini ya....

Wah... besarnya rama-rama Aisyam dan Miroshan tu....

Aktiviti: Origami Ular
Naufal dan Uvashini sedang menggulung suratkhabar untuk dijadikan ular.

Lihat, gembiranya mereka!

Aktiviti anak-anak 2 tahun.

Bersungguh-sungguh Aisyam, Aleesya, Haiqal, Arjun dan Thivendran mengecat "telur" yang telah dibuat...

Aktiviti "Membasuh Ikan" dan "Membuat Bebola Ikan"

Eh, pandai Adam menyiang ikan menggunakan sebelah tangan saja... ;)

Amboi...Parvin...Beriya-iya sungguh memotong ikan!

Hadijah buat apa tu? Menyiang ikan ke atau mengorek mata ikan? ;)

Anak-anak PERMATA sedang membasuh ikan sambil dibantu oleh nenek Hashwini yang sedang membuat penglibatan ibu bapa.

Naufal pun pandai membasuh ikan sendiri tau...

Selepas membasuh, kita nak potong ikan supaya menjadi cebisan yang kecil untuk dibuat bebola ikan.

Selepas itu, kita gaul dengan tepung.

Yeah...kita buat bebola ikan!

Nature walk: Meneroka persekitaran PAPN menggunakan kanta pembesar

Wah...wah...Macam saintis cilik la!

Tengok tu... ada kupu-kupu la...

Ini adalah aktiviti membuat akuarium.

Kita buat capan span dulu...

Ini pula aktiviti anak-anak 4 tahun: Membuat topeng haiwan

Ha... Dah siap dah.. Sekali dengan teacher "posing" bersama hasil kreativiti masing-masing. Good....

Ini.... saja "test" bakat anak-anak PAPN Dengkil ini dalam aktiviti "melukis".

Qaseh tengah tunjuk "skill" melukisnya...

Adam pula sedang menunjukkan kebolehannya dalam aktiviti menggunting gambar udang.

Friday, July 30, 2010

Program Anak Ria Keluarga Sejahtera

PROGRAM ANAK RIA KELUARGA SEJAHTERA




Program ini adalah anjuran Klinik Kesihatan Pergigian Salak Tinggi. Antara tentatif program ini termasuklah:
  1. Sesi Suaikenal
  2. Sesi Bercerita (Gajah Yang Degil)
  3. Demonstrasi Memberus Gigi
  4. Aktiviti Latihan Memberus Gigi
  5. Permainan Dam Ular Pergigian
Program berlangsung pada:



  1. Tarikh : 30 Jun 2010
  2. Hari : Rabu
  3. Tempat : PAPN Dengkil
  4. Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari


Kelihatan jururawat-jururawat sedang bersedia untuk bercerita sambil diperhatikan oleh salah seorang Jemaah Nazir dari KPM. Turut hadir ialah Dr. Nomali Taharim dan Dr. Azizah Mat dari Pejabat Kesihatan Pergigian.

Salah seorang jururawat sedang menunjukkan demonstrasi memberus gigi kepada anak-anak PERMATA sambil diperhatikan oleh ibu Aqid Hussein (Pn. Rozlyana)

Eh...eh... Pandainya Adam memberus gigi patung boneka tu ye....


Mari kita dengar Kisah Gajah Yang Degil....


Kelihatan beberapa orang ibu bapa yang turut membuat penglibatan ibu bapa pada hari tersebut.


Khusyuknya anak-anak PAPN Dengkil ni melihat "demo" yang ditunjukkan oleh jururawat yang terlibat.


Mari kita belajar cara memberus gigi dengan betul...


Seronoknya anak-anak ini bermain Permainan Dam Ular Pergigian!

Monday, July 26, 2010

Majlis Sambutan Hari Lahir Anak-Anak PERMATA (Jan-Jun)

Majlis Sambutan Hari Lahir Anak-Anak PERMATA (Jan-Jun 2010) telah berlangsung pada
Hari : Jumaat
Tarikh : 18 Jun 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Majlis telah berlangsung dengan sangat meriah dan anak-anak PERMATA Dengkil yang diraikan ialah:
1. Adam Zakwan
2. Aqid Hussein
3. Nur Iman Aleesya
4. Arjun
5. Piruntha
6. Sharifah Hadijah
7. Shalini
8. Samini
9. Uvashini
10. Sumitha
11. Seenivasan
Turut diraikan ialah Teacher Noor, Cik Su(Pembantu Pengurusan Murid) dan Cik Nurul (Pembantu Pengurusan Murid)
Terlupa pula nak letak....
Pertandingan Kerusi Berirama: Aktiviti untuk Ibu Bapa...

Semangat bekerjasama antara ibu bapa.
Ibu bapa turut membantu membuat persiapan Majlis Hari Lahir ini sehari sebelum majlis.
Eh, Shalini dan Parvin pun turut membantu meniup belon la... Pandainya...


Puan Rahayanti (Ibu Aleesya) sedang menampal abjad untuk dijadikan "banner"...


Puan Samzaiha (Mama Qaseh) bersungguh-sungguh mengikat belon-belon untuk dijadikan perhiasan pada majlis itu nanti.


Ibu bapa dan anak-anak bersiap sedia untuk aktiviti "Morning Circle"...


Aktiviti PERMATA untuk anak-anak 2 tahun: Eh...eh... jeling-menjeling pulak Abah Aleesya dengan Abah Aisyam tu.... Hehe...


Aktiviti Anak-Anak 2 Tahun (Kelas PERMATA Tulip) dengan ibu bapa dipantau oleh Teacher Yam


Anak-Anak 3 Tahun (Kelas PERMATA Matahari) sedang membuat aktiviti "Sate Buah" sambil dibantu oleh ibu-ibu masing-masing.


Khusyuknya anak-anak 3 Tahun membuat aktiviti bersama ibu bapa masing-masing sambil dibantu oleh Teacher Noor dan Teacher Mira.


Anak-Anak 4 Tahun (Kelas PERMATA Raya): Membuat Salad Buah...


Teacher Mai buat apa tu?


1 Malaysia: Puan Nakama dan Puan Samzaiha saling tolong-menolong membasuh pinggan-mangkuk setelah aktiviti PERMATA selesai berjalan.


Happy Birthday To All Of You! :)


Mari potong kek... Yeah!


Sesi menjamu selera....


Antara ibu bapa dan anak-anak PERMATA yang hadir


Piruntha pun dapat hadiah!


Nur Iman Aleesya antara anak PERMATA yang diraikan


Dapat No 2 pun jadilah.. Tempat Kedua Pertandingan Teka Kacang


Eh! Menang lagi la.. Pemenang Pertama Pertandingan Teka Kacang


Pemenang Kedua Pertandingan Kerusi Berirama: Pn. Selvarani (Pathi Arjun & Kiiswaran)
Terror la auntie!!


Pemenang Pertama Pertandingan Kerusi Berirama: En. Wan Muhd Yusri
(Abah Aisyam)


Pemenang Ketiga Pertandingan Kerusi Berirama: Puan Samzaiha (Mama Qaseh Saffiya)


Anugerah Kedatangan Paling Cemerlang disandang oleh Adik Sugenthirana. Tahniah!


Anugerah Penglibatan Ibu Bapa Paling Cemerlang jatuh kepada
Puan Irma Sharly Marliani (ibu Hadijah)


Selamat Hari Lahir Cik Su! (Pembantu Pengurusan Murid)


Selamat Hari Lahir Teacher Noor!


Tengok... Sedapnya pendidik-pendidik dan pembantu pusat menjamu selera.
Yummy...yummy!


Eh...eh... "posing" jap ye....