Tuesday, February 1, 2011

Mesyuarat PIBP Kali Pertama & Majlis Ramah Mesra

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pada hari Jumaat, 28 Januari 2011 telah diadakan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik Kali Pertama serta Majlis Ramah Mesra Pusat Anak PERMATA Negara Dengkil. Majlis diadakan dalam keadaan yang sederhana tetapi meriah. Sememangnya, majlis ini mengeratjalin kemesraan sesama "keluarga PERMATA Dengkil". Turut diraikan hari lahir Teacher Iza, kedatangan guru-guru praktikal (KPLI) dari IPGM dan majlis perpisahan Teacher Shikin yang akan berpindah ke PAPN Bentong, Pahang. Semoga tahun 2011 membawa sinar kepada seluruh warga PAPN Dengkil.
Selamat datang kepada cikgu-cikgu praktikal, Teacher Wan, Teacher Ku dan Teacher Za.

Semasa sesi mesyuarat PIBP kali pertama untuk tahun 2011.

Sesi mesyuarat baru sahaja bermula.

Masing-masing melihat agenda mesyuarat.

Setelah selesai bermesyuarat, sesi "Ice-breaking" bermula. Masing-masing sedang berbaris mengikut susunan abjad nama masing-masing.

Hampir siap barisan kami!

Bermulalah sesi perkenalan kami.

Bestlah! Memang "sporting" "korang" ni.

Aktiviti "Permainan kad-Teka Gaya Saya".

Ibu bapa cuba meneka gaya yang ditunjukkan oleh ketua kumpulan.

Seterusnya Ceramah Penglibatan Ibu Bapa ynag dikendalikan oleh Teacher Shidah.

Serius betul semua orang waktu ini.

Kemudian, aktiviti "Telefon Karat". Kelihatan Pn. Rahayanti sedang menghafal ayat yang tertera pada kertas yang diberikan.

Maka... permainan pun dimulakan.

Bisik-berbisiklah sesama kita. Hehe...

Apalah agaknya yang dibisikkan oleh Puan Santhi ni yer?

Snap! Berehat sebentar...

Ini pula adalah aktiviti "Mari Kongsi Cerita". Ibu bapa akan berkongsi cerita tentang perkembangan anak masing-masing dan diakhiri dengan sesi Soal-Jawab.

Makcik Nah turut berkongsi cerita dan pendapat. "Sporting betullah Makcik Nah ni.

Apabila majlis tamat, semua ibu bapa pun menjamu selera dan sempat beramah mesra sesama mereka. Kelihatan Pn. Siti Kalasom dan Pn. Rahayanti.

Jom makan!

Turut meraikan Teacher Shikin yang akan berpindah ke PAPN Bentong. Selamat berpisah Teacher Shikin!

Barisan kakitangan berdedikasi PAPN Dengkil.

Pinky ladies here... Wow!

Sweety Pinky Ladies! :)

Monday, January 31, 2011

Apa yang menarik Januari 2011???

Apa yang menarik bagi bulan Januari 2011 ni yer? Jom tengok...

Saja tangkap gambar ni. Sweet sangat.

Macam-macam gelagat abang-abang dan kakak-kakak ni!

Jom menghias topi.

Hias cantik-cantik tau..

Uvashini nak bercerita tetapi kenapa semua orang pandang kamera ni?

Uvashini memegang big book "My Family".

Fokusnya anak-anak PERMATA ni.

Mari belajar Membasuh Tangan Dengan Cara Yang Betul.

Mari basuh tangan!

Perlu basuh tangan menggunakan sabun.

Happy Birthday, Aleesya.

Anak-anak 3 tahun tak sabar-sabar untuk menikmati kek yang dibuat sendiri tau...
Kelihatan Aleesya memicit bancuhan kek ke dalam cawan kek.

Irfan pula memasukkan tepung kek untuk digaul.

Aqid pun nak buat. "Saya nak masukkan telur la."

Ini adalah masa mula-mula proses untuk buat kek.

Eh...eh... semangatnya Aqasha ni makan sendiri.

Tatih...tatih.....

Freeplay untuk anak-anak 1 tahun.

Izzati belajar menggosok gigi.

Aqasha pun sama.

Bestnya Izzati main air!

Tengok apa tu Aqasha?

Monday, January 24, 2011

Bingkisan 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera. PERMATA Dengkil ingin mengimbau kembali beberapa bingkisan memori bagi tahun 2010 yang tidak sempat untuk dipaparkan di blog sebelum ini. Mari kita lihat...


Corat-Coret 1

Gambar di bawah adalah sewaktu kanak-kanak PAPN Dengkil yang terpilih menyertai Program Penjagaan Awal Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Dalam Program PERMATA Negara di PAPN Putrajaya pada 30 November 2010 yang lalu.

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor tersenyum melihat anak-anak PERMATA Dengkil memberus gigi sambil diperhatikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai .

Corat-coret 2:

Di bawah merupakan gambar-gambar ketika tiga orang kanak-kanak PAPN Dengkil yang terpilih mengikuti Majlis Lawatan PYT Gursharan Kaur iaitu Isteri Perdana Menteri India di PAPN Putrajaya. Kanak-kanak yang terpilih adalah Kiiswaran, Samini dan Varsha Sree.

Gambar ehsan yang diambil dari blog rasmi PERMATA. Kelihatan Datin Radziah menunjukkan sesuatu kepada Kiiswaran dan Samini.

Varsha Sree terpaku apabila bertentang mata dengan isteri Perdana Menteri India sambil diperhatikan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.


Corat-coret 2:

Kenangan kami sewaktu Program Ladies Summit di PAPN Putrajaya. Seramai 6 orang anak-anak PERMATA Dengkil yang terpilih untuk membuat persembahan iaitu Sugenth, Hashwini, Samini, Uvashini, Piruntha dan Kiiswaran.

Gambar ehsan yang diambil dari blog rasmi PAPN Putrajaya.
Kanak-kanak PAPN Dengkil bersalaman dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sambil memberikan "gallan" kepada tetamu kehormat.

Bergambar kenangan

Anak-anak sedang cuba bermain congkak

Make-up time!-Sebelum membuat persembahan

Gembiranya mereka!