Pada 14 Disember 2010, Selasa, warga PERMATA Dengkil telah mengadakan rombongan ke PETROSAINS. Seronoknya bukan kepalang. Baik anak-anak mahupun "teacher" dan PPM, semuanya mengukir senyuman kerana memang "bestlah" pergi PETROSAINS ni.
Wednesday, January 12, 2011
Lawatan ke PETROSAINS
SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!
Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua yang sudi melawat blog PERMATA Dengkil ini. Kami warga pendidik dan pembantu pengurusan murid Pusat Anak PERMATA Negara Dengkil ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada kalian semua. Diharapkan tahun 2011 ini merupakan tahun yang cemerlang dan bermakna bagi PAPN Dengkil. Kepada semua pelawat yang berminat menghantar anak-anak mereka yang berumur 1 hingga 4 tahun ke PAPN Dengkil, kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda semua. Terima kasih.
Saturday, December 25, 2010
Sambutan Hari Graduasi 2010
Pada 13 November 2010, Sabtu, telah diadakan Sambutan Hari Graduasi PAPN Dengkil bertempat di SK Dengkil, selaku caretaker kami. Di bawah merupakan bingkisan memori untuk tatapan bersama. Majlis dirasmikan oleh En. Zamri Bin Mohd Esa dan diserikan oleh tetamu jemputan seperti Pn. Wan Nor Fadriah, (Guru Besar SK Dengkil), Pn. Noorhayati (Pen. Kanan Pentadbiran SK Dengkil) dan Pn. Rahmah (Guru Penyelia Petang SK Dengkil).
Wednesday, December 1, 2010
Happy Anniversary to PAPN Dengkil!
"Our first Anniversary/PERMATA Dengkil's birthday is on 30th November 2010"
Monday, November 29, 2010
Sambutan Hari Sukaneka 2010
Pada 13 November, Sabtu telah diadakan Sambutan Hari Sukaneka 2010. Majlis diadakan dengan suasana yang sederhana tetapi meriah. Terima kasih kepada semua yang menyokong terutamanya kepada semua ibu bapa yang terlibat dan warga SK Dengkil. Sekalung penghargaan juga kepada En. Zamri Bin Mohd Esa, Ketua Pen. Setiausaha Bahagian PERMATA dan Pn. Wan Nor Fadriah Binti Wan Idris, Guru Besar SK Dengkil yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis.
Subscribe to:
Posts (Atom)