Tuesday, May 25, 2010

“Toddler Program”


Pada 18 Mei 2010 bersamaan hari Selasa, PAPN Dengkil telah menerima kunjungan dari Klinik Kesihatan Pergigian Salak Tinggi yang bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pendidik, ibubapa dan kanak-kanak berkenaan kesihatan gigi. Program ini diketuai oleh Dr. Azizah bt Mat dan dijayakan oleh seramai 8 orang jururawat serta doktor.


Antara jururawat yang hadir menggunakan pendekatan secara bermain untuk menarik perhatian kanak-kanak PAPN Dengkil.






Dr. Azizah bt. Mat memberi penerangan kepada pendidik mengenai kepentingan penjagaan gigi bermula dari kanak-kanak.



Kanak-kanak 2 tahun bersama jururawat pergigian yang soronok melayan karenah mereka..



Jururawat sedang menerangkan mengenai penjagan gigi kepada Puan Irma iaitu ibu kepada Hadijah...



Eeee...tengok berus gigi ni dah rosak!!



Vijay, kanak-kanak 2 tahun dipegang oleh bapanya En. Chandran sewaktu rawatan "flouride" gigi dijalankan...hemm... tak henti2 Vijay menangis ketakutan..hehehe... Akhirnya dapat hadiah berus dan ubat gigi percuma..yea!



En. Muniandy, bapa kepada Sugenthirana khusyuk mendengar penerangan jururawat...


Ha, kita kena gunakan berus gigi yang sesuai...yang ni berus gigi besar untuk "appa"...kanak-kanak pakai yang kecil ajer...


Minum air yang manis selalu boleh buat gigi kita rosak ye adik-adik...

No comments:

Post a Comment