Saturday, July 31, 2010

Aktiviti Kanak-Kanak Sepanjang Bulan Julai 2010

Berikut merupakan beberapa foto kenangan akan aktiviti kanak-kanak sepanjang bulan Julai 2010. Tema aktiviti PERMATA pada bulan Julai ialah Haiwan. Jom saksikan....

Varsha sedang menghias "Big Book-Old McDonald Had A Farm"...

Uvashini pun sedang menghias "Big Book"...

Hadijah sedang khusyuk menggunting untuk dilekatkan di dalam "Big Book".

Sugenth tengah gunting gambar apa?

Amboi...amboi... syoknya dapat tengok monyet secara "live".
Tak payah pergi zoo pun takpe... ;)
" Teacher...tengok la... Banyak monyet tau..,"kata Hadijah.

Sekumpulan monyet yang nampaknya agak jinak....

Semasa aktiviti "nature walk", kami berasa bertuah kerana dapat melihat sekumpulan monyet.

Aktiviti keceriaan: Kanak-kanak diminta membuat "lukisan lipatan rama-rama" (kromatografi)

Cantik hasil kerja anak-anak PERMATA Dengkil ini ya....

Wah... besarnya rama-rama Aisyam dan Miroshan tu....

Aktiviti: Origami Ular
Naufal dan Uvashini sedang menggulung suratkhabar untuk dijadikan ular.

Lihat, gembiranya mereka!

Aktiviti anak-anak 2 tahun.

Bersungguh-sungguh Aisyam, Aleesya, Haiqal, Arjun dan Thivendran mengecat "telur" yang telah dibuat...

Aktiviti "Membasuh Ikan" dan "Membuat Bebola Ikan"

Eh, pandai Adam menyiang ikan menggunakan sebelah tangan saja... ;)

Amboi...Parvin...Beriya-iya sungguh memotong ikan!

Hadijah buat apa tu? Menyiang ikan ke atau mengorek mata ikan? ;)

Anak-anak PERMATA sedang membasuh ikan sambil dibantu oleh nenek Hashwini yang sedang membuat penglibatan ibu bapa.

Naufal pun pandai membasuh ikan sendiri tau...

Selepas membasuh, kita nak potong ikan supaya menjadi cebisan yang kecil untuk dibuat bebola ikan.

Selepas itu, kita gaul dengan tepung.

Yeah...kita buat bebola ikan!

Nature walk: Meneroka persekitaran PAPN menggunakan kanta pembesar

Wah...wah...Macam saintis cilik la!

Tengok tu... ada kupu-kupu la...

Ini adalah aktiviti membuat akuarium.

Kita buat capan span dulu...

Ini pula aktiviti anak-anak 4 tahun: Membuat topeng haiwan

Ha... Dah siap dah.. Sekali dengan teacher "posing" bersama hasil kreativiti masing-masing. Good....

Ini.... saja "test" bakat anak-anak PAPN Dengkil ini dalam aktiviti "melukis".

Qaseh tengah tunjuk "skill" melukisnya...

Adam pula sedang menunjukkan kebolehannya dalam aktiviti menggunting gambar udang.

No comments:

Post a Comment