Monday, September 20, 2010

Majlis Bacaan Yassin dan Majlis Berbuka Puasa

Nampaknya, kita masih dalam "mood" raya! Jadi, pihak PAPN Dengkil ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung-pengunjung blog ini. :)


Pada 2 September 2010 iaitu hari khamis, PAPN Dengkil telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Majlis Berbuka Puasa. Majlis ini bermula pada jam 6.00 petang sehingga selesai solat Maghrib. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang bersusah payah membuat persiapan dan sudi hadir bagi memeriahkan majlis yang penuh berkat ini. Walaupun nampak ringkas, namun tetap bermakna dan meriah. Majlis turut diserikan dengan kunjungan oleh Datuk Salehuddin yang sempat berbuka puasa bersama-sama kami. Terima kasih.

Sebelum membaca Yassin, sempat pulak memberi "pose" baik punya...

Kiri: Pengerusi PIBP PAPN Dengkil (En. Noor Din) dan Bendahari PIBP (En. Aidey Hisam)

Menanti ketibaaan ibu bapa yang lain.

Apalah yang dibincangkan tu ya?

Bacaan Yassin sudah bermula.

Aii... Qaseh, pandainya baca Yassin...

Semoga majlis kita diberkati...

Setelah selesai bacaan Yassin, kaum ibu sama-sama membantu menyediakan hidangan berbuka puasa.

Sebahagian makanan yang terhidang. Yumm...yumm....

Aqid tak sabar-sabar nak makan ke?

Sibuknya! Masing-masing sedang mengambil hidangan berbuka puasa.

Nikmatnya menjamu selera....

No comments:

Post a Comment