Tuesday, May 25, 2010

“Toddler Program”


Pada 18 Mei 2010 bersamaan hari Selasa, PAPN Dengkil telah menerima kunjungan dari Klinik Kesihatan Pergigian Salak Tinggi yang bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pendidik, ibubapa dan kanak-kanak berkenaan kesihatan gigi. Program ini diketuai oleh Dr. Azizah bt Mat dan dijayakan oleh seramai 8 orang jururawat serta doktor.


Antara jururawat yang hadir menggunakan pendekatan secara bermain untuk menarik perhatian kanak-kanak PAPN Dengkil.






Dr. Azizah bt. Mat memberi penerangan kepada pendidik mengenai kepentingan penjagaan gigi bermula dari kanak-kanak.



Kanak-kanak 2 tahun bersama jururawat pergigian yang soronok melayan karenah mereka..



Jururawat sedang menerangkan mengenai penjagan gigi kepada Puan Irma iaitu ibu kepada Hadijah...



Eeee...tengok berus gigi ni dah rosak!!



Vijay, kanak-kanak 2 tahun dipegang oleh bapanya En. Chandran sewaktu rawatan "flouride" gigi dijalankan...hemm... tak henti2 Vijay menangis ketakutan..hehehe... Akhirnya dapat hadiah berus dan ubat gigi percuma..yea!



En. Muniandy, bapa kepada Sugenthirana khusyuk mendengar penerangan jururawat...


Ha, kita kena gunakan berus gigi yang sesuai...yang ni berus gigi besar untuk "appa"...kanak-kanak pakai yang kecil ajer...


Minum air yang manis selalu boleh buat gigi kita rosak ye adik-adik...

Friday, April 30, 2010

kami dan anak-anak




Wednesday, April 21, 2010

Aktiviti kanak-kanak sepanjang bulan April 2010

Tema pada bulan April ialah Deria..Berikut adalah antara aktiviti yang sempat kami rakamkan semasa aktivti bersama kanak-kanak...Check it out!!!
Sir Zam ialah pendidik praktikal dari Terengganu..Sedang menunjukkan rama-rama yang dibuatnya untuk aktiviti hari itu...hermmm walaupun berdebar di perhatikan Dr Azizah tapi muka tetap selamba...hehehe

Hadijah (3 tahun) ketawa melihat rama-rama yang dibuatnya...

Aktiviti Ouch panasnya!! Oh sejuknya!!.masing-masing berebut-rebut mengambil ais...sejuknya!!!!

Masa ni Teacher Mira sedang membuat aktiviti membeza rasa manis, masin, pahit dan masam bagi kanak-kanak 4 tahun...

Aktiviti mencantum gambar harimau...Hadijah dan Adam dah siap!!

Semasa aktiviti Padankan Kasut ini!..Naufal bersungguh-sungguh memakai kasutnya..

Sugenthirana seronok dapat memadankan kasutnya sendiri..yea!

Qaseh Saffiya dah jumpa seliparnya!!

Yummy yummy!! sedap dapat makan kek semasa sambutan hari lahir Hashwini...

Hashwini dan kek hari lahirnya yang ke 3 tahun..Happy birthday Hashwini!!!

Mukmin menampal kapas pada huruf E nya semasa aktiviti Kolaj ABC...

Muguntan berhati-hati meletakkan "glitter" pada huruf J nya...berkilat tu...

Teacher Mira..Hadijah dah siap!!

Wow!! tengok tu cantiknya Kolaj ABC yang kita buat...

Aktiviti bersiar-siar di waktu pagi....Aisyam, Arjun dan Vasan: Teacher... apa tu?

Teacher Yam nampak aper tu?
Jom baca buku ye sayang....
Hadijah, Mukmin dan Qaseh : errmm bestla cerita ni Teacher Mai...Miroshan: Yea Teacher ambil gambar!!

Qaseh: Cepatla Teacher...nak buat nii....

Teacher Mai melihat Hashwini meletakkan sagu pada Kolum..

Thursday, April 1, 2010

Aktiviti kanak-kanak pada bulan Mac 2010

Aktiviti kanak-kanak bersama ibubapa pada Majlis Ramah Mesra PAPN Dengkil

Kanak-kanak 4 tahun sedang membuat kolaj ikan untuk dibuat mobile

Kanak-kanak 4 tahun sedang menggayakan topeng arnab yang dibuat bersama ibubapa

Kanak-kanak 4 tahun sibuk menampal kapas pada topeng arnab

Teacher Mai sedang menerangkan cara membuat aktiviti kepada ibubapa dan kanak-kanak 4 tahun

Kanak-kanak 3 tahun membuat aktiviti "Rumah Saya"

Muguntan (3 tahun) bersama "rumah" yang dibuatnya...

Uvashini sedang dibantu oleh ibu saudara semasa membuat "rumah"

Teacher Mira sedang sibuk membantu Parvin Raj membuat "rumah"

Thivendran dan Arjun (kanak-kanak 2 tahun) membuat aktiviti "Topi Saya"

Seenivasan bersama ibunya sedang membuat "topi"

Kanak-kanak 2 tahun bersama ibubapa mereka...
Teacher Yam dan Teacher Noor memberi penerangan kepada ibubapa kanak-kanak 2 tahun...

Ibubapa kanak-kanak 2 tahun tak sabar untuk membuat aktiviti bersama anak-anak mereka...

Aktivti memakai pakaian tradisional...

Monday, March 1, 2010

Gotong royong kali pertama...

Pada 8/2/2010 (Isnin) telah diadakan majlis gotong royong membersihkan kawasan sekitar PAPN Dengkil bermula pada 3.30 hingga 5.00 petang...Lihat tu ibubapa bersungguh-sungguh membersihkan kawasan PAPN....























Dah siap tu..masa untuk makan pula...siap bawa " pot luck " lagi..erm sedapnyer..












Mesyuarat PIBP...

Pada 8 Februari 2010 telah diadakan mesyuarat PIBP kali pertama di PAPN Dengkil ini..
Antara agenda mesyuarat adalah membincangkan perlantikan AJK PIBP dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan...

Para ibubapa yang hadir semasa mesyuarat

En. Chandran selaku naib pengerusi PIBP sedang memberi cadangan..

Puan Mary (berbaju merah) dilantik sebagai Pengerusi PIBP...